Sejarah Tadika


LATAR BELAKANG TADIKA KEMAS DESA JANA 

         Tadika Kemas Taman Desa Jana 2 mula ditubuhkan pada tahun 2000. Pada masa tersebut tadika dan taska diletakkan bersama-sama. Kanak-kanak dari taskalah yang diambil belajar di tadika. Guru yang mula-mula mengajar di situ ialah PuanFauziah bt.Muhammad. Lama kelamaan tadika tersebut semakin ramai pelajarnya dan terpaksa berpindah ke tempat lain.
Kemudian Tadika Kemas Desa Jana 2 berpindah pula kerumah yang di sewa pada tahun 2004 di lorong 6 Taman Desa Jana. Sewa yang di kenakan ialah RM 300.00 sebulan. Berbagai-bagai aktiviti yang melibatkan kanak-kanak tadika dalam bidang kokurikulum. Ada Yang berjaya sampai keperingkat negeri perak.
Pengerusi Tadika Kemas Taman Desa Jana 2 ialah Encik Azman bin Kasim. Ia telah banyak berjasa kepada Tadika dengan melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dijalankan.

Rutin Harian

Rutin harian seperti :-

  • Morning Circle
  • Bacaan doa
  • Siram pokok bunga
  • Kemas rak buku 

Aktiviti Tadika

Antara aktiviti yang dilakukan di tadika ini ialah :-


  • Aktiviti mewarna
  • Goyong-royong
  • Hari Merdeka
  • Aktiviti Korikulum seperti silat peringkat negeri dan kebangsaan
Selamat Datang Ke Blog Tadika Kemas Desa Jana